Monday, July 13, 2009

al kisah tersebutlah hikayat di hari isninnnn... dung cang dung cang

maka pergilah dia ketempat kerjanye seperti biase
menaiki sebuah tunggangan yg maha besar
yg dikongsi bersama rakyat marhain yg lain
mengelamun lah ia di atas tunggangan tersebut
sambil merancang apa yg perlu dilakukan
blogger-emoticon.blogspot.com
bg melepaskan diri dr cengkaman raksaksa gorgon yg maha dasyat eh ke dashat ek ke dahsyat?
tak tahulah yg mana satu
nanti sy cek
sesampainya ia di tepi hentian
di negeri kayangan tersebut
maka berjalan lah ia lagi
terus menuju ke tempat kerjanya
"sungguh panas matahari menikam ke kepala" kata ia di dlm hati
jalan dan jalan lah lagi si wirawati dara adika jentayu tersebut
dgn rase yg lemah gemalai untuk menuju ke tempat yg amatlah dahsyat tersebut
terbayanglah olehnya saat2 yg mengerikan
blogger-emoticon.blogspot.com
saat2 yg mencemaskan
saat2 yg mungkin boleh merentap jiwa dan sifat2 kesopanan yg telah dijaga dan
diajar oleh ayahanda dan bunda beliau
tiada olehnye terdaya untuk melawan jua
melainkan terus berkhidmat di ladang raksaksa gorgon
sambil menunggu sekiranya ade peluang lain
yg akan menyambarnya dan membawanya terus ke negeri kayangan yg lain pula

setelah penat berjalan
turun bukit naik bukit
mengharung sungai
meredah belukar
sampailah ia di ladang raksaksa gorgon
tiadalah lain yg dibuat olehnya
hanyalah kerja2 biase shj..

selang beberapa detik..
"kting ktang ktung" bunyi tin2 menandakan
ada org ingin berhubung..
dgn bahasa yg paling indah
bersyair serta bergurindam;

wirawati dara adika jentayu: apakah hajat tuan hamba interkom hamba ni?
sahabat satu lagi : arakian sahabat, adakah kamu menggunakan tikar hekmat yg diberikan oleh pembantu gorgon tempoh hari?
WDAJ : wahai sahabat ku yg bijak bistari.. adapun hamba ada menggunakan tikar hekmat tersebut..namun.. telah hamba letakkan tikar hekmat tersebut ditempat asalnya
SSL : tetapi hamba tidak boleh menggunakan tikar hekmat itu sekarang..seolahnya tikar hekmat itu tiada di tempat ianya sepatutnya berada
WDAJ:wahai sahabat.. apakah maksud tuan hamba?
SSL : semenjak pembantu gorgon memeberikan kamu access tikar hekmat tersebut, pelbagai musibah melanda, pelbagai musibah telah muncul.. seolahnya..
WDAJ : tuan hamba.. tidaklah diketahui oleh hamba akan musibah2 atau bencana2 yg timbul
selama penggunaan tikar hekmat tersebut oleh hamba.. tuan hamba ini seolah2 ingin menuduh hamba pula..
SSL: tidak mengapalah tuan hamba.. hamba telah menghantar aduan kepada pihak pembantu gorgon.. sekali lagi hamba tekankan.. musibah sebegini tidak pernah berlaku sebelum tuan hamba menggunakan tikar hekmat tersebut

tiada apalah yg dpt dijawap oleh wirawati dara adika jentayu itu melainkan
"hmm" sahaja
kalau dikutkan rasa hati wirawati dara adika jentayu itu.. mahu sahaja dia menggunakan khidmat hembusan nagaaan api hidung.. lalu membakar sahabat yg satu lagi itu
blogger-emoticon.blogspot.com
sewenang2 ianya dituduh
cesss bedebah

teng teng terenteng teren teng tengggg
~~bersambung~~

6 comments:

Salina Inzaghi said...

kelakar siot wakakakakakakakakaka
ni kalu kasi haza baca, sure kuar air mata

Potlandlord said...

kenapa tak abeskan trus nie?

-yani- said...

KakN,
hehe.. sy nak buat pementasan tak lama lagi

Port,
mana boleh kasi habis
kn lah sambung2..
citer wirawati dara adika jentayu ni bukan senang nak enter frame
hehehehe

Salina Inzaghi said...

pengumuman: haza tak paham citer hikayat dlm bahse melayu..susah tol american yg takmo blajar tradisi org neh kekekek

Anonymous said...

wahhh ko...bakat yg ada x dipersiakan...trima kasih kepada cikgu tusyen BM kita,yeahhh!!

cikila

-yani- said...

KakN,
dia kan brad pitt mn nak pahammmm

cikIla,
yea terima kasih kpd cikgu bm kiteee hehehe