salam hormat.
terlebih dahulu maaf dipinta pada para pengunjung, kutitipkan seuntai dua kata di blog temanku ini...bukan berniat membangga diri mahupun menunjuk kuasa, hanya sekadar memenuhi permintaan yang telah lama mengundang...
aku bukanlah seorang pendita, cendekiawan, mahupun sasterawan ternama...malahan, blogger pun bukan...jadi minta disisihkan dari penghitungan kiranya tatapenulisanku bercanggah dengan pendapat norma kalian..
setelah memikirkan untuk sedikit waktu tentang judul penulisan yang akan dibuat di kesiangan ini, aku lantas memilih untuk tampil bicara tentang soal yang kian menjadi isu semasa di acara-acara berita baik media cetak mahupun media elektronik, BIGFOOT.
apa benar Bigfoot yang digembur-gemburkan uranya di Johor itu benar-benar ujud? pada mulanya pikiranku asal skeptikal, tapi atas dasar liputan yang diberi ke atas isu ini dari semasa ke semasa, rasionalku mula mempersoal, kenapa tidak? ini bukan kisah dongeng pak pandir mahupun cerita UFO (yang sepertimana berdasarkan sodokan wayang gambar Hollywood, hanya ujud di bumi Amerika Syarikat) yang diragui garis pemisah antara mitos dan realitinya...tapi ini cuma mengungkap kehadiran seekor lagi hidupan di muka bumi Allah SWT ini yang belum tercatat (dengan sahihnya) dalam ensiklopedia hidup kita.Jadi apa rasional di sebalik menolak kemungkinan bahawa haiwan (yang spesisnya masih dikenali sebagai BIGFOOT ini) benar-benar wujud? mungkin ada antara kita yang menyatakan khabar di media itu hanya rekaan semata, tahyul lagi bikinan wartawan yang kreatif namun dahagakan populariti dan pengikhtirafan sahaja.
Seawal tahun 1811 "penemuan" haiwan ini telah direkod serata dunia, kali terakhirnya sekitar
tahun 1967.Dan kini Malaysia meniti senarai "penemuan BIGFOOT" . Haiwan yang juga dikenali sebagai SASQUATCH ini seperti menduga kredibiliti kita sebagai mamalia inteligen, atas dasar sukar untuk kita benar-benar memastikan bahawa ianya hanya sebuah figmen dari imaginasi beberapa orang manusia atau realiti yang harus diterima akal. Mungkin anda tertanya, jika benar ianya wujud kenapa baru sekarang ada kesan, dan tidak sebelum ini, sedangkan hutan di Johor itu acapkali diteroka para pencinta alam. Usul ini barangkali dapat dirasionalkan dari pengamatan dari kesan vegetasi yang berkurangan dari tahun ke tahun, sepertimana soal harimau memangsai manusia di Jeli, Kelantan, suatu yang dulu dikira asing tapi kini lebih kerap berlaku.
Apa bukti kukuh yang mampu membuatkanku percaya bahawa BIGFOOT itu benar-benar ujud?
Tapi apa pula bukti kukuh yang mampu membuatkanku percaya sebaliknya, bahawa ia tidak ujud?

tepuk dada trademark King-Kong,
terpulanglah masing-masing.
Yang akhir ku dengar, sampel DNA telah diambil dari kesan tapak kaki (pastinya kamu sudah lihat mould plaster yang digunakan dalam akhbar tempoh hari) dan lagi nungguin keputusan.
..terus..kita tunggu dan lihat aja..
bicara hati tokoh kendiri,
izcuje@yahoo.com
terlebih dahulu maaf dipinta pada para pengunjung, kutitipkan seuntai dua kata di blog temanku ini...bukan berniat membangga diri mahupun menunjuk kuasa, hanya sekadar memenuhi permintaan yang telah lama mengundang...
aku bukanlah seorang pendita, cendekiawan, mahupun sasterawan ternama...malahan, blogger pun bukan...jadi minta disisihkan dari penghitungan kiranya tatapenulisanku bercanggah dengan pendapat norma kalian..
setelah memikirkan untuk sedikit waktu tentang judul penulisan yang akan dibuat di kesiangan ini, aku lantas memilih untuk tampil bicara tentang soal yang kian menjadi isu semasa di acara-acara berita baik media cetak mahupun media elektronik, BIGFOOT.
apa benar Bigfoot yang digembur-gemburkan uranya di Johor itu benar-benar ujud? pada mulanya pikiranku asal skeptikal, tapi atas dasar liputan yang diberi ke atas isu ini dari semasa ke semasa, rasionalku mula mempersoal, kenapa tidak? ini bukan kisah dongeng pak pandir mahupun cerita UFO (yang sepertimana berdasarkan sodokan wayang gambar Hollywood, hanya ujud di bumi Amerika Syarikat) yang diragui garis pemisah antara mitos dan realitinya...tapi ini cuma mengungkap kehadiran seekor lagi hidupan di muka bumi Allah SWT ini yang belum tercatat (dengan sahihnya) dalam ensiklopedia hidup kita.Jadi apa rasional di sebalik menolak kemungkinan bahawa haiwan (yang spesisnya masih dikenali sebagai BIGFOOT ini) benar-benar wujud? mungkin ada antara kita yang menyatakan khabar di media itu hanya rekaan semata, tahyul lagi bikinan wartawan yang kreatif namun dahagakan populariti dan pengikhtirafan sahaja.Seawal tahun 1811 "penemuan" haiwan ini telah direkod serata dunia, kali terakhirnya sekitar
tahun 1967.Dan kini Malaysia meniti senarai "penemuan BIGFOOT" . Haiwan yang juga dikenali sebagai SASQUATCH ini seperti menduga kredibiliti kita sebagai mamalia inteligen, atas dasar sukar untuk kita benar-benar memastikan bahawa ianya hanya sebuah figmen dari imaginasi beberapa orang manusia atau realiti yang harus diterima akal. Mungkin anda tertanya, jika benar ianya wujud kenapa baru sekarang ada kesan, dan tidak sebelum ini, sedangkan hutan di Johor itu acapkali diteroka para pencinta alam. Usul ini barangkali dapat dirasionalkan dari pengamatan dari kesan vegetasi yang berkurangan dari tahun ke tahun, sepertimana soal harimau memangsai manusia di Jeli, Kelantan, suatu yang dulu dikira asing tapi kini lebih kerap berlaku.
Apa bukti kukuh yang mampu membuatkanku percaya bahawa BIGFOOT itu benar-benar ujud?
Tapi apa pula bukti kukuh yang mampu membuatkanku percaya sebaliknya, bahawa ia tidak ujud?

tepuk dada trademark King-Kong,
terpulanglah masing-masing.
Yang akhir ku dengar, sampel DNA telah diambil dari kesan tapak kaki (pastinya kamu sudah lihat mould plaster yang digunakan dalam akhbar tempoh hari) dan lagi nungguin keputusan.
..terus..kita tunggu dan lihat aja..
bicara hati tokoh kendiri,
izcuje@yahoo.com

No comments:
Post a Comment